Tuesday 20 October 2015

Osaka, bandar yang permai



Osaka 




Osaka, salah satu tarikan pelancongan di Jepun. Alhamdulillah aku diberikan peluang untuk menjejakkan kaki di sana walaupun untuk 3 hari pada Januari 2014.


Kat sini aku nak ceritakan antara tempat-tempat menarik yang aku dah pergi dengan dua orang lagi rakan yang aku kenal dari sekolah menengah lagi. Yang tengah tu bernama Tengku Syahiran manakala yang sebelah kanan tu pula bernama Muiz. Sekarang kedua-duanya sudah tamat belajar dan bekerja manakala aku insyaallah akan grad pada tahun depan. Mereka inilah yang gigih bawa aku pusing2 di Osaka walaupun masing2 tengah sibuk dengan minggu peperiksaan.


Tempat pertama yang aku lawati selepas tiba di sana ialah Osaka Premium Outlet. Terletak berdekatan dengan Kansai International Airport, aku perlu membayar lebih kurang 20 Yen untuk menaiki bas ke sana. Aku pergi seorang diri sementara menunggu Tengku dan Muiz habis kelas. Pada mulanya aku takut untuk ke sana bersendirian sebab aku tak tahu untuk berbahasa Jepun dengan orang sana! Namun aku beranikan diri untuk ke sana, bila lagi nak jadi berani kat negara orang. Syukur semuanya dipermudahkan. Apa lagi, aku pun bershopping,membeli 2 helai tshirt, sehelai sweater dan sehelai jersi.


Selepas Muiz datang di airport, kami berdua menaiki bas ke bandar Osaka. Namun aku terpaksa menahan lapar kerana dari pagi di Jepun, aku hanya makan donut dan minum kopi di Starbucks sahaja! Petang tu, Muiz memperkenalkan aku dengan sejenis makanan Jepun iaitu Soba. Dah la kena makan sambil berdiri pastu siap ada masa lagi, lebih kurang 10 minit, kami pun beredar. Waktu makan Soba tersebut, kedai tersebut sunyi sepi, tiada perbualan langsung, pelanggan akan memesan makanan melalui mesin vending dan akan makan sambil berdiri. Nasib baiklah ada Muiz sebab semua menu dan harga menggunakan bahasa Jepun !



Ini merupakan Soba dan dimakan bersama udang goreng.


Selesai makan Soba, aku dan Muiz mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar Osaka seperti di Dotonbori yang merupakan antara tarikan utama di sana. Selepas penat berjalan, Tengku membelanja kami berdua makan di restoran Thailand. Terubat rindu nak makan nasi hehehe.

Untuk trip di Osaka, aku hanya tidur di cyber cafe. Cyber cafe di Jepun tidak seperti di Malaysia, di sana terdapat cubicle2 kecil yang memisahkan antara pelanggan. Terdapat juga tandas dan juga bilik mandi serta pantry yang menyediakan minuman panas dan juga aiskrim yang sememangnya percuma untuk pelanggan mereka. Harga yang dikenakan hanyalah sekitar RM70 untuk 12 jam. Hotel disana dikira berdasarkan jam, bukan mengikut hari,

Kat sini aku sertakan beberapa gambar kenangan di Osaka.