Sunday 10 July 2011

tujuan hidup hanyalah utk mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa,xde yang lain..kdg2 ketika kita melalui ranjau kehidupan ni,kite terlupa,terlepas pandang atau terleka seketika,kita xsempurna bahkan kita hina tp kita perlu berusaha utk memperbaiki diri kita kearah kebaikan walaupun secara perlahan lahan..

teringat kata2 seorang ustaz,Allah tidak melihat permulaan sesuatu yg kita lakukan tp Allah melihat di pengakhirannya..aku sbg contoh selalu wat sesuatu perkara tu bersemangat di awalnya shj tp xde istiqamah..aku terpukul ketika mendengar ustaz itu menyampaikan tazkirah...kita perlu sentiasa muhasabah diri kita dan sentiasa perlu berusaha berubah ke arah kebaikan..kita xtau bila kita akan dipanggil Allah utk menghadapNYA,jadi kita perlu bersiap sedia..

aku takut andai selama ini amalanku tidak diterima,solatku,amal jariahku,sedekahku,aku takut andai aku tergolong dlm golongan yg rugi,Ya Allah,terimalah amal ibadatku dan segala amalanku dan matikan aku dlm iman Insyaallah

ketika ini aku teringatkan kisah arwah atok sedaraku  yg aku panggil tok yah,arwah merupakan seorang yg baik,pesara tentera,seorang yg suka melawak,pandai memasak dan baik xkire kepada sesiapa pun..ketika beliau dipanggil utk menghadap Allah,ramai org dtg memberi penghormatan terakhir utk beliau kerana sikap baik beliau ketika hidup..nk dijadikan cerita,ade 1 perkara arwah xsuke,beliau xsuka utk tido di rumah yg besar atau rumah org kaya..beliau sekeluarga hidup serba kekurangan tp 1 amalan murni beliau ialah sedekah..tanpa pengetahuan org lain,beliau setiap bulan menyediakan keperluan dapur kepada seorang wanita tua yg dipanggil Mak yg tggl seorang diri dihujung kmpg...beliau juga merupakan seorang ahli surau yg dikenali jiran2nya...aku berharap agar aku mampu menjadi spt beliau..Al-Fatihah utk arwah,semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman Insyaallah

aku baru balik dari kaherah,xde keje,minum kopi smbil tgk bola,ayah ibu tpon,alhamdulillah semua sehat..aku bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yg penuh dgn kasih sayang..Alhamdulillah,syukur Ya Allah:)

No comments:

Post a Comment